Jumaat, Julai 23, 2010

Frequently Asked Question


Frequently Ask Question
Version 2.1


S1. Dimanakah penginapan para peserta kontijen,penyokong dan ahli cawangan?
J1. Penginapan semua peserta adalah di Taman Siswa UUM, Bandar Darulaman, Jitra kira-kira 20 minit dari tempat pertandingan.

S2. Berapakah bayaran penginapan yang dikenakan?
J2. Bayaran yang dikenakan adalah seperti berikut:
Rumah keluarga : RM 380.00 selama 3 hari 2 malam (bilangan terhad)
MMK/LPT/Juri bujang : RM 100.00 selama 3 hari 2 malam
Peserta/Penyokong : RM 15 sehari

S3. Jika peserta ingin check-in penginapan lebih awal, bagaimana dengan bayaran?
J3. Bayaran adalah seperti berikut :-
Check in : Jumaat, 30 Julai 2010, 3 petang
Check out : Ahad, 1 Ogos 2010, 12 tengahari
Bayaran : RM 30.00 (RM15 x 2 hari)
Check in : Sabtu, 31 Julai 2010, 3 petang
Check out : Ahad, 1 Ogos 2010, 12 tengahari
Bayaran : RM 15.00 (RM15 x 1 hari)

S4. Bagaimana dengan kapasiti tempat penginapan? Adakah mencukupi?
J4. Buat masa ini, penganjur dapat menyediakan penginapan untuk kira-kira 1300 peserta. Penganjur menasihatkan agar pengurus pasukan segera mengisi borang D II (Penginapan) dan menghantar ke Unit Sekretariat sebelum atau pada, 11 Julai 2010, jam 12.00 tengah hari, beserta bayaran penuh. Tempahan adalah mengikut “first come first serve”. Walaubagaimanapun, pihak penganjur boleh menyediakan lagi 700 tempat penginapan di sekitar Bandar Darul Aman.

S5. Jika kontijen saya datang menginap awal, iaitu pada hari Jumaat, bagaimana dengan makanan?
J5. Makanan hanya disediakan pada hari Sabtu. Tetapi, di sekitar kawasan penginapan, terdapat banyak gerai nasi campur, nasi ayam,kedai masakan tomyam dan char kuetiow. Dengan 10-min berjalan kaki, terdapat Nasi Kandar Yasmin, Secret Recipe, dan KFC. Kami mencadangkan anda menikmati char kuetiow Aladdin sebagai pilihan utama anda kerana dimiliki oleh sepupu kepada YM Tuan Syeikh Hj Md Radzi bin Hj Hanafi Al-Qadhi.

S6. Untuk penyokong/pengiring yang tidak terlibat dengan kejohanan, bagaimana dengan makanan dan minuman mereka?
J6. Di kawasan tempat menunggu peserta, bakal diletakkan gerai-gerai makanan. Anda juga boleh ke Medan Selera Mergong dengan 5-min berjalan kaki dengan pilihan pelbagai menu nasi campur dan air buah-buahan. Penganjur mencadangkan ke Nur’s CafĂ©, merasai licikang special, milik salah seorang Jurulatih Cawangan Kedah.

S7. Bolehkan pasukan mengesahkan penyertaan pertandingan semasa 31 Julai 2010 iaitu sebelum kejohanan bermula?
J7. Pihak penganjur AKAN MENOLAK sebarang penyertaan pada hari kejohanan. Penganjur menasihatkan pasukan mengesahkan penyertaan kepada Unit Sekretariat sebelum atau pada, 11 Julai 2010, jam 12.00 tengah hari, beserta bayaran penuh.

S8. Bilakah taklimat pengurus Pasukan akan diadakan?
J8. Taklimat pengurus pasukan akan diadakan pada jam 10.00 malam, 30 Julai 2010 di Dewan Sultan Muadzam Shah, Kolej Universiti INSANIAH. SEMUA Pengurus Pasukan DIWAJIBKAN HADIR. Sila bawa bersama senarai lengkap terakhir peserta Wajadiri.

S9. Bilakah pertandingan akan bermula?
J9. Pertandingan akan dimulakan seawal jam 8.00 pagi. Sarapan pagi boleh mula diambil pada jam 7.00 pagi.

S10. Bilakah kontijen perlu membuat pendaftaran penginapan dan makanan?
J10. Pendaftaran kontigen akan diadakan di tempat penginapan. Di sini, kontijen diminta mengesahkan pembayaran dengan menyerahkan slip bank. Penganjur pula akan menyerahkan tag pengurus pasukan,kupon makanan, dan tag jurugambar. Jika kontigen tidak menempah penginapan, kontigen hendaklah mendaftar pada jam 7.00 pagi di Lobi Dewan Sultan Muadzam Shah, Kolej Universiti INSANIAH. Walau bagaimanapun, PENGESAHAN MENYERTAI PERTANDINGAN hendaklah dibuat sebelum atau pada, 11 Julai 2010, jam 12.00 tengah hari, beserta bayaran penuh.

S11. Adakah kawasan pertandingan adalah kawasan larangan?
J11. Ya. Kawasan pertandingan adalah kawasan larangan masuk. Hanya peserta pertandingan dan petugas yang mempunyai tag nama sahaja dibenarkan masuk.

S12. Bagaimana pula untuk penyokong/pengiring untuk menonton pertandingan ini?
J12. Para hadirin boleh menonton di aras dua dewan. Live feed atau siaran langsung juga akan diadakan bagi memudahkan penonton.

S13. Saya hanya ingin mengambil gambar, boleh saya masuk?
J13. Tidak. Anda tidak dibenarkan masuk kecuali memakai tag jurugambar. Setiap kontijen dibekalkan dengan satu tag jurugambar dengan percuma.

S14. Saya tidak terlibat dengan mana-mana kontijen, bagaimana saya hendak mendapatkan tag jurugambar?
J14. Anda boleh mendapatkan tag jurugambar dengan harga RM 5.00 di kaunter pendaftaran. Satu tag jurugambar layak untuk seorang jurugambar dengan sebuah kamera. Kamera yang dimaksudkan adalah kamera digital dan/atau kamera video.

S15. Bagaimana dengan aturcara program sepanjang 30 Julai hingga 1 Ogos?
J15. Aturcara program adalah seperti berikut :-
30 Julai 2010 – Pendaftaran Kontijen dan Taklimat Pengurus Pasukan
3 Julai 2010 (Siang) – Pertandingan Wajadiri
(Malam) – Malam Kenduri Perdana (Dinner)
1 Ogos 2010 – Mai Pi Kedah
Mai Pi Kedah adalah program lawatan ke tempat-tempat menarik di Negeri Kedah. Ia adalah acara bebas yang ditentukan sendiri oleh kontingen. Penganjur akan menyediakan satu buku pelancongan sebagai garis panduan untuk para kontijen.

S16. Berapakah bayaran yang dikenakan untuk Kenduri Perdana?
J16. Bayaran Kenduri Perdana adalah seperti berikut
Seorang = RM 100
Satu Meja (10 orang) = RM 800
Pakej Keluarga (2 Dewasa 2 Kanak-kanak) = RM 250
Kanak-kanak 3 tahun ke bawah = Percuma (tanpa kerusi)

S17. Bilakah saya boleh menjelaskan bayaran Kenduri Perdana?
J17. Bayaran Kenduri Perdana adalah mengikut konsep “first come first serve”. Anda boleh mendapatkan tiket-tiket dengan segera menghubungi En. Izam Shazry bin Idris (017 – 53 63 488) untuk mengelakkan kehabisan tiket.

S18. Dimanakah lokasi penganjuran Malam Kenduri Perdana ?
J18. Malam Kenduri Perdana akan diadakan di Dewan Wawasan, Jitra. Ia terletak kira-kira 10-minit perjalanan dengan kereta dari tempat penginapan.

S19. Bagaimana etika pakaian semasa malam Kenduri Perdana?
J20. Malam Kenduri Perdana bertemakan tradisional. Oleh hal yang demikian, pakaian adalah Baju Melayu Lengkap untuk lelaki dan Baju Kurung/Kebaya/yang bersesuaian bagi wanita. Anda dinasihatkan hadir awal kerana program dijangka bermula jam 8.00 malam.

S20. Jika saya memerlukan maklumat lanjut, dengan siapakah saya boleh berhubung?
J20. Anda boleh menghubungi :-
Unit Sekretariat Wajadiri : Saudara Fakhruddin bin Mad Isa
HOTLINE WAJADIRI : 010 – 50 99 721
Malam Kenduri Perdana : En. Izam Shazry bin Idris
HOTLINE KENDURI PERDANA : 017 – 53 63 488




Disediakan oleh :-
Jawatankuasa Induk,
Perayaan 45 Tahun Silat Cekak Ustaz Hanafi di Negeri Kedah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan